Wednesday, October 10, 2012

lelaki soleh idaman wanita solehah^^


salam alayk^^ , sebelum tu , sy nk minta maaf jika ada kekurangan pada entry kali ni .. kalau ada ap2 kesalahan , sila tngglkn komen setelah selesai membaca ok ?





Siapakah lelaki soleh? Adakah seorang lelaki yang bernama soleh? bukan kn? tentu sekali bukan. Lelaki soleh yang dimaksudkan di sini ialah seorang lelaki yang beriman, seorang mukmin, bersih daripada segala zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal, bukan daripada sumber yang haram. Dia juga seorang yang sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada segala perkara mungkar dan menariknya ke arah jurang neraka yang dalam. Lelaki soleh juga seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya walau di mana sahaja dan bila-bila masa.

marilah kita sama2 meneliti ciri2 lelaki soleh :

Sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya.
Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
Mati syahid adalah cita2 tertinggi.
Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah.
Ikhlas dalam beramal.
Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.
Selalu memohon ampun atas segala dosa2nya.
Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
Solat malam menjadi kebiasaannya.
Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.
Selalu berinfak sama ada ketika lapang ataupun sempit.
Menerapkan nilai kasih syang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.
Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya,iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia,sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.
Memberikan kasih sayang kepada keluarga.
  


terima kasih baca ! Komen La !~

3 comments: