Tuesday, November 13, 2012

Azan Subuh dua kali??


Soalan:
Adakah hadis yang mengharuskan azan subuh dua kali? Tujuannya bagi mengejutkan makmum dan menunjukkan sudah masuk waktu subuh?
Jawapan:
Azan yang pertama sebenarnya adalah pada waktu malam dan azan  yang kedua adalah pada waktu subuh. Tujuan azan yang pertama itu bukan bagi memberitahu masuknya waktu solat, tetapi bertujuan membangunkan manusia mengerjakan qiamullail (solat malam) ataupun bersahur kerana berpuasa.
Manakala azan yang kedua itu bagi  memberitahu manusia waktu solat subuh sudah masuk.
Ini berdasarkan hadis laporan Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Amr yang bermaksud:
“Bilal melaungkan azan pada waktu malam, maka makan dan minumlah kamu sehingga kamu mendengar azan Ibn Ummi Maktum”
betulkan jika terdapatnya kesilapan ..

Sharing is Caring ~^^

terima kasih baca ! Komen La !~

0 Pembaca setia:

Post a Comment