Wednesday, August 31, 2011

Mujahadah Cinta


Apabila rasa cinta kian pudar, yang hilang bukannya cinta itu, tetapi mujahadah untuk terus mencintai~

Kita meyakini Allah Yang Maha Esa boleh memberikan cinta secara percuma, hidayah yang turun secara pukal. Mungkin ada sandaran sebab, misalnya kematian orang yang tersayang sehingga mencetuskan rasa getaran dalam jiwa yang mengimani kekuasaan Allah taala lantas mendorong diri yang selama ini alpa sehingga lolos ke gerbang taubat dan cahaya imani, atau mungkin juga kita insan terpilih yang dikasihi Allah sehingga disapa iman tanpa sebarang alasan.

Tetapi hakikatnya hidayah cinta begini lebih selalu digunakan sebagai alasan untuk ‘menanti’ hidayah Allah.
 
“hidayah Allah belum sampai lagi”

“Nantilah, belum sampai seru”

“Tunggulah, bila dah dapat petunjuk Allah nanti aku akan berubah”

Hakikatnya cinta memerlukan mujahadah, memerlukan usaha, memerlukan pengorbanan. Mujahadah ini, adalah ‘harga’ yang perlu dibayar untuk mendapat nikmat cinta yang paling agung, yang mengatasi segala cinta. Kerana itu, apabila pintu hati kita diketuk, apabila ada perasaan mengingati Allah walau sekelumit, bermujahadah lah!

Ustaz Farid Ravi tatkala disapa kehairanan dan kekaguman terhadap Islam pertama kali terus bermujahadah untuk meluaskan ilmunya tentang islam, terus berhambat menjejaki bumi para anbiya’ untuk mendalami dan memahami hidayah Allah. Apakan terjadi sekiranya saat awal disapa benih kehairanan pada islam itu ustaz cuma duduk diam membatu sahaja? Mujahadah lah yang telah mendorong beliau mencapai cintanya pada Allah dan pada Islam.

Mujahadah juga dilihat pada para sahabat yang mulia. Mujahadah Bilal untuk mempertahankan keimanannya, tegar diseksa sekalipun mungkin kehilanga nyawa. Mujahadah begini mungkin terlalu besar agam dan tak terbandingkan dengan jiwa kita yang kecil dan jauh dari martabat ima para sahabat ini, tetapi tidak salah bermimpi. Mimpi untuk memiliki mujahadah sebesar ini, sebelum berani bermimpi untuk memiliki cinta setebal itu.

Sama juga.

Bagi yang telah dianugerahi cinta ini. Lebih besar mujahadah yang perlu diberi pada cinta ini. Mujahadah untuk terus membersihka hati, mujahadah untuk terus merasai kemanisan cinta ini.

Kerana apabila cinta itu pudar, yang hilang bukanlah cinta dari Yang Maha Mencintai, tetapi mujahadah untuk terus memiliki cinta ..


Renung2kan .. :)

terima kasih baca ! Komen La !~

0 Pembaca setia:

Post a Comment