Saturday, June 8, 2013

BERUNTUNGNYA ORANG YANG MEMBACA AL-QURAN

Assalamualaikum W.B.T.. Ana cuba nak kongsi sdkit tntg kelebihan org yg mmbaca Al-Quran.. Cuba kita renungkan sejenak sbyk mna telah kita baca kitab Allah yg suci iaitu Al-Quran.. Walaupun dlm ksibukan kita mncri ilmu dan rezeki jgnlah kita lalai dr melakukan perintah Allah yg satu ini... Dlm khdupan seharian kita korbankanlah sedikit masa utk mmbca Al-Quran.. Byk klbihan yg boleh kita dpt.. Di antara nya:-

1. Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, 

2. Mendapat tempat istimewa diakhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya. 

3. Ibadat yang paling mulia di antara ibadat. 

4. Dapat menghindar dari hati menjadi berkarat 

5. Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut 

6. Pembaca al-Quraan disayangi Allah swt dan Rasul saw 

7. Allah memuji pembaca al-Quraan di hadapan malaikat 

8. Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al-Quraan 

9. Mententeram jiwa yang resah 

10. Al-Quraan menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk si mati drpd malaikat dari syurga tempat tidur dari syurga yg dipenuhi bauan kesturi 

11. Rasulullah swt bersabda: "dihari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al Quraan, mahupun dari nabi atau malaikat". 

12. Dapat membina akhlak yang baik 

13. Rasulullah saw bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim) 

14. Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran. 

15. Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan. 

16. Pembaca al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan. 

17. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah. 

18. Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya. 

19. Mendapat kedudukan yang tinggi disyurga mengikut tartil.



Jadikanlah sekurang2nya salah seorg dr anak-anak kita dikalangan para Hafiz 
Al-Quran

Subhanallah..! Byk bukan gnjaran yg Allah beri bg org yg mmbaca al-Quran ini.. Oleh itu hendaklah kita sama2 sedaya upaya cuba istiqamah membaca Al-Quran setiap hari kerana Al-Quran akn menuntut haknya d akhirat nnti.. Sekurang2nya khatamkan ia 2 kali setahun , insyaAllah, sama2 la kita cuba perbaiki diri.. sesungguhnya ana juga manusia biasa.. :D Allahualam..~~
terima kasih baca ! Komen La !~

0 Pembaca setia:

Post a Comment